PENGENALAN
KONSEP
KELAS TAHZEEB ARAB MIKRO (TAHZEEB) adalah suatu program BIMBINGAN BAHASA ARAB PERSONAL TERBUKA untuk pelajar sekolah rendah dan menengah sama ada pada musim cuti sekolah atau hari belajar biasa. Selamat datang kami ucapkan.
- PERSONAL maksudnya bimbingan dibuat secara personal mengikut masalah yang dihadapi oleh pelajar berkenaan.
- TERBUKA pula bermaksud dalam tempoh 2 jam (setiap sesi kelas) pelajar boleh bincang apa-apa tajuk dalam mana-mana subjek yang ada kaitan dengan bahasa Arab, samada Bahasa Arab Tingkatan 1-5, Usuluddin, Syariah, Mantiq, Usul Fiqh, Tafsir, Tahfiz dan sebagainya.
SASARAN
Ia dibangunkan untuk:-
- Pelajar sekolah rendah.
- Pelajar sekolah menengah.
TEMPOH
Pelajar boleh memohon jumlah jam yang diperlukan mengikut sesi pembelajaran berikut :-
- 08.00 – 10.00 pagi
- 10.30 – 12.30 tengahari.
- 02.30 – 04.30 petang
- 09.00 – 11.00 malam
Pada musim cuti sekolah, pelajar juga boleh belajar dalam sesi tersebut. Penginapan dan Makan/minum disediakan dengan kos yang sangat murah.
MODUS
Kelas TAHZEEB/TUISYEN boleh dijalankan secara sepenuh masa atau anjal (personal) di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Tempat tinggal disediakan. Kelas hanya dihadkan kepada 5-10 orang peserta sahaja. Modul pengajian menggunakan sukatan terkini kementerian.
CAPAIAN
Kelas TAHZEEB akan memastikan setiap peserta boleh:-
- Menguasai sistem bahasa Arab dengan baik.
- Menyelesaikan masalah yang tidak difahami oleh pelajar.
- Menjawab set latihan yang ada dan juga soalan-soalan tambahan.
BAHAN-BAHAN YANG DIBEKALKAN
- Buku teks Kementerian dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
- Set Flash Card Tatabahasa Arab.
- Kamus Asas Bahasa Arab (al-Ma`ani versi HP)
PEMBELAJARAN
Pelajar akan diajar dengan :-
- Mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam setiap mata pelajaran.
- Menjelaskan punca masalah dan memberi cadangan penyelesaian.
- Memperkenalkan system bahasa yang diperlukan untuk masalah berkenaan.
PERMOHONAN
Mana-mana INDIVIDU yang berminat untuk menyertai atau menaja program ini dipersilakan menghubungi ALC untuk perbincangan lanjut melalui
no berikut :
Ustaz Ahmad Mursyid
011 - 1001- 4040 / 014-522 8557
Dr. Mohd Rosdi
014 - 838 4040
Arabic Language & Consultancy (KT 0113640-X)
Lot 1160-3A/B, Batu 3 ¼ Jalan Kuala Krai
Nilam Puri, 16010 Kota Bharu Kelantan
Tel : 09-7124230, Fax : 09-712 4860, H/P : 014-838 4040
e-mail : guruarabmikro1@gmail.com