PENGENALAN
PENGAJIAN BAHASA WAHYU adalah satu program akademik Arab Mikro yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat awam merasai “sentuhan” bahasa AL-QURAN & AL-HADITH sebagai satu system pengajian berterusan melalui dana INFAQ TA`AWUN.
KONSEP
Secara amnya, PENGAJIAN BAHASA WAHYU adalah satu program PENGAJIAN BERTERUSAN yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat awam memahami AL-QURAN & ALHADITH. Untuk maklumat lanjut boleh muat turun Kertas Kerja Dasar Program di pautan di atas.
SASARAN
Ia dibangunkan untuk:-
- ORANG AWAM yang berminat
- Para Huffaaz al-Quran al-Kareem
- Pelajar sekolah, kolej dan universiti.
SYARAT
Penyertaan terbuka kepada awam :-
- Sesiapa yang berminat menguasai al-Quran dan al-Hadith.
- Boleh mengenal dan membaca al-Quran dengan baik.
- Mesti habiskan keenam-enam tahap pengajian.
PENILAIAN
Penilaian akan dibuat pada SETIAP HUJUNG BULAN pengajian tahap berkenaan dalam bentuk (Peperiksaan Terbuka).
PERMOHONAN
Untuk maklumat lanjut boleh muat turun Kertas Kerja Dasar Program di pautan di atas.