Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

MudahWakaf : Portal Wakaf Atas Talian

Sistem MudahWakaf adalah perkhidmatan percuma yang dibangunkan secara usahasama di antara Arab Mikro dan ZED Technologies bagi membolehkan proses jual beli saham wakaf dilakukan secara atas talian bagi semua projek-projek wakaf yang diuruskan oleh Arab Mikro.

Sistem ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam, di seluruh Malaysia khasnya dan dunia amnya, untuk mewakafkan harta masing-masing dengan lebih mudah dan terurus.

Sebelum boleh menggunakan sistem MudahWakaf ini, pewakaf perlu mendaftar sebagai pewakaf terlebih dahulu. Fungsi-fungsi wakaf boleh di didapati melalui menu ahli yang disediakan setelah ahli log masuk ke dalam sistem.

Semua aktiviti pembelian saham wakaf secara online akan direkodkan dengan terperinci (tarikh, masa, projek wakaf yang dipilih, jumlah unit, dsbg) dan boleh dirujuk semula oleh ahli pada bila-bila masa. Sijil bagi setiap pembelian saham wakaf boleh dicetak secara terus melalui sistem.

Di masa hadapan, sistem ini akan diiklankan dengan lebih meluas agar lebih banyak projek-projek wakaf yang boleh disenaraikan dan dipilih oleh pewakaf. Wang yang diwakafkan hanya perlu di bank-in secara terus kepada akaun pemegang amanah wakaf berdaftar. Sistem MudahWakaf hanya akan memastikan semua maklumat aktiviti dan proses wakaf di simpan dengan teratur dan boleh dirujuk semula pada bila-bila masa.

Sistem MudahWakaf dijangka akan dilancarkan pada Mac 2017, insyaAllah.

Buat masa ini, pembelian saham wakaf boleh dilakukan secara manual di pejabat Arab Mikro Nilampuri, Kelantan atau mana-mana tempat yang dilakukan aktiviti ArabMikro.