PENGENALAN
KONSEP
Program DIPLOMA BAHASA ARAB MIKRO (AWAM) adalah suatu program peralihan yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat awam menguasai SISTEM DAN KEMAHIRAN berbahasa Arab dalam tempoh 10 bulan pengajian harian. Ia akan membantu mereka menghayati mesej al-Quran dan al-Hadith secara tepat DEMI untuk mendalami pengajian Islam dan bidang yang berkaitan.
SASARAN
Ia dibangunkan khusus untuk:-
- Suri rumah sepenuh masa
- Pesara kerajaan atau swasta
- Orang awam yang berminat
TEMPOH
Ia akan dijalankan dalam tempoh 10 bulan pengajian harian. Proses pembelajaran berlaku dalam tempoh (2 jam x 4 hari x 4 minggu x 10 bulan = 640 jam). Pengambilan pelajar akan dilakukan pada bulan JANUARI dan JUN setiap tahun. Pendaftaran dibuka sepanjang tahun pengajian. Pengajian di jalankan dalam dua semester JAN-MEI & JUN-OKT setiap tahun.
MODUS
Ia akan dijalankan secara sepenuh masa di PUSAT BAHASA ARAB MIKRO, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Kursus hanya dihadkan kepada 10-15 orang peserta sahaja untuk setiap kelas. Kursus dipecahkan kepada DUA SESI PEMBELAJARAN berikut;-
• 08.00 – 09.00 pg. : Sistem Bahasa Arab.
• 09.00 – 10.00 pg. : Latihan Amali Bermodul.
YURAN
Yuran pengajian adalah seperti berikut:-
• Pendaftaran : RM500 / sem
• Pengajian : RM10.00/jam x 32 jam/bulan = RM320.00