PENDAHULUAN
Arabic Language & Consultancy ( ALC ) adalah sebuah pusat perkhidmatan Bahasa Arab (dalam bentuk industri perkhidmatan, pengurusan dan perundingan) yang telah didaftarkan pada 21 / 12 / 96 di Pejabat Pendaftaran Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Bidang operasinya tertumpu kepada kerja-kerja penyelidikan dan pengembangan Bahasa Arab ( BA ) di samping penerokaan dalam bidang teknologi maklumat yang ada kaitan dengan BA. di Malaysia khasnya dan di Asia Tenggara amnya.
MOTO PERKHIDMATAN
- KE ARAH KECEMERLANGAN BAHASA AL-QURAN
FALSAFAH PERKHIDAMATAN
- PERKHIDMATAN BERKUALITI TERAS KEMAJUAN
OBJEKTIF PENUBUHAN
ALC ditubuh untuk mengembangkan Bahasa Arab (BA) di Malaysia khasnya dengan mengambil kira latar belakang budaya dan bahasa serta keperluan masyarakat dengan mencapai objektif-objektif berikut :-
- Mengenal pasti masalah BA di Malaysia dan mengemukakan alternatif yang sesuai untuk proses pembelajaran, penguasaan dan pengembangan BA kepada masyarakat
- Menyelidik bidang-bidang BA mengikut keperluan semasa di bidang pembelajaran, perdagangan, diplomatik, perindustrian, pentadbiran, ketenteraan, teknologi maklumat dan mana-mana bidang yang ada kepentingan dengan pembangunan negara
- Mengeluarkan produk-produk BA yang berkualiti untuk memenuhi kehendak masyarakat, di samping membangkit minat mereka terhadap BA.
- Memasarkan produk-produk BA yang bermutu secara langsung kepada pelanggan melalui penyelidikan dan penelitian terhadap perkembangan semasa