KELAS KHAS STAM & BAHASA ARAB (Projek Mumtaaz STAM) adalah suatu program persijilan yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat pelajar yang akan menduduki peperiksaan STAM dalam menguasai teknik-teknik pembelajaran STAM dalam tempoh 10 bulan. Pengajian lebih tertumpu kepada topik-topik yang sering keluar dalam peperiksaan dan memberi latihan berdasarkan soalan-soalan peperiksaan STAM yang lepas. Peperiksaan pengujian tahap akan dijalankan sebanyak 3 kali (setiap 3 bulan proses P&P berjalan) sebelum pelajar menduduki peperiksaan STAM pada bulan Oktober.
Ia dibangunkan untuk:-
- Pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran peringkat IPTA/IPTS atau ke universiti-universiti di timur tengah.
- Pelajar lepasan Program Tahfiz Penuh atau Tahfiz Akademik berusia 18 tahun ke atas.
- Pelajar yang ingin mengulangi peperiksaan STAM untuk kali kedua.
KELAS KHAS STAM & BAHASA ARAB akan dijalankan dalam tempoh 10 pembelajaran + 1 bulan peperiksaan. Proses pembelajaran akan berlaku dalam tempoh ( 8 jam x 5 hari x 4 minggu x 11 bulan = 1760 jam ).
Sila klik disini untuk ke bahagian khas program untuk maklumat lanjut.