Ahli ArabMikro - Log Masuk
Email :
Kata Laluan :
 
 ggg

HOME > ARTICLE

07 JAN 2022
Pengajian Bahasa Wahyu

 

PROGRAM PENGAJIAN BAHASA WAHYU.

PENGENALAN
KONSEP
PENGAJIAN BAHASA WAHYU (PBW) adalah satu program akademik asas yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat awam memahami AL-QURAN & AL-HADITH sebagai satu system pengajian berterusan melalui slot-slot berikut:- 
1- MUTIARA AL-QURAN 
2- KHUTBAH JUMAAT.
3- WACANA AL-QURAN.
4- TADABBUR HAFAZAN
5- MUTIARA AL-HADITH
6- KEMBARA WAHYU
7- KELAS PENGAJIAN. 
Program ini akan membantu masyarakat MENGUASAI KAEDAH menghayati mesej al-Quran dan alHadith secara lebih tepat untuk tujuan ibadah dan mu`amalah dalam hidup.
 
SASARAN
 Ia dibangunkan untuk:
1- ORANG AWAM yang berminat
2- Para Huffaaz al-Quran al-Kareem
3- Pelajar sekolah, kolej dan universiti.
 
SYARAT
Penyertaan terbuka kepada awam :-
1- Sesiapa yang berminat menguasai al-Quran dan al-Hadith. 
2- Boleh mengenal dan membaca al-Quran dengan baik.
 
 
 
MODUS 
Slot pengajian Tadabbur Wahyu akan dikendalikan seperti berikut;-
 
Slot Program Operandi Masa
1. Mutiara Al Quran Huraian petikan kata atau ungkapan berhikmah mengikut urutan surah dalam al-Quran 30 minit / sesi
2. Khutbah Jumaat Sesi tazkirah ringkas padat bersama ahli Jemaah dan penggerak dakwah 30 minit / sesi
3. Wacana
 Al- Quran Kajian ayat-ayat pilihan berdasarkan keperluan semasa dalam pelbagai bidang atau aspek kehidupan. 30 minit / sesi
4. Tadabbur Hafazan Kajian tentang surah-surah pilihan yang perlu dihafaz untuk tujuan ibadah harian 60 minit / sesi
5. Mutiara
 al- Hadith Kajian hadith pilihan sebagai jawapan kepada permasalahan yang berlaku. 60 minit / sesi
6. Kembara Wahyu Pengajian bergerak tentang al-Quran dan al-Hadith yang sesuai dengan lokasi pilihan yang ditetapkan. 60 minit / sesi 
3 slot / hari
7. Kelas Pengajian Pengajian Bahasa Wahyu untuk Pentadabbur al-Quran dan al-Hadith. 1340 jam 1 tahun
 
YURAN 
Yuran pengajian adalah seperti berikut:-
Pendaftaran & Modul = RM1550.00
Yuran Pengajian / Bulan:- 
1- Pengajian Harian ( RM 10.41/ jam X 12 jam X 4 Minggu ) = RM500.00 sebulan 
2- Pengajian Mingguan ( RM 12.50 / jam X 6 jam X 4 Minggu ) = RM300.00 sebulan 
3- Pengajian Penuh Masa ( RM 10.00 / 5 jam x 5 hari x 4 minggu ( = RM1000.00 )
 
PERMOHONAN 
Mana-mana INDIVIDU atau INSTITUSI yang berminat untuk menyertai atau menaja program ini dipersilakan menghubungi ALC untuk perbincangan lanjut melalui alamat berikut;- 
 
PEJABAT URUSAN ARAB MIKRO,
PT No.713, Bandar Baru Tunjung,
Jajahan Kota Bharu, Kelantan. 
 BOLEH HUBUNGI H/P : 014-838 4040.